Saturday, July 4, 2009

Michael Jackson 1958 / 2009

POP

Seluruh dunia dah tahu mengenai pemergian Mikaeel Jackson pada 25 Jun lalu. Seperti kematian Elvis Presley dan Princess Diana, begitu juga pemergian MJ diratapi oleh ribuan peminatnya seluruh dunia dan ketiga-tiganya pergi secara tragis. MJ dijangka akan membuat kosert comebacknya pada bulan ini di London tapi sesungguhnya kematian menjemputnya terlebih dahulu.

Aku bukanlah die hard MJ tapi bila dengar kematiannya, aku terkesan juga sedikit. Aku teringat zaman membesar tahun 80an dan 90an, lagu dan video klip MJ selalu diputarkan dan dimainkan di radio dan TV. Lagu-lagu Beat It, Black or White, Heal the World, We are the World dan banyak lagilah adalah antara lagu popular MJ. Sapa tak teringat video klip Black or White yang masa part last tu gambar tukar2 orang sampai iklan Lux pun copy! Yang paling best mestilah tarian MJ yang aku rasa memang bestlah dan original da pastinya akan dikenang sepanjang zaman. Macam2 kisah MJ sepanjang hayatnya yang kita baca dari hal plastic surgery dia sampailah kisah kes pencabulan. Kita mungkin takkan tahu kisah sebenar disebaliknya. Sometimes aku wonder camner life MJ sekarang kalau dia x buat plastik surgery dan hidup normal macam artis kulit hitam zaman sekarang!

Apapun MJ dah pergi meninggalkan kita. Seperti biasalah bila dah pergi barulah seluruh dunia merasai kehilangan seorang legend dan king of pop. Sebelum majlis tribute utk MJ, aku asyik layan video klips dia kat MTV dan Channel V...hehhehe . Sedih jugaklah masa majlis tu berlangsung. Sempatlah juga aku meneteskan air mata sedih huhuhu. Sepanjang hidup dia dipuja, dikeji, dicaci dan akhirnya pergi dengan tragis. Simpati dan takziah aku kepada keluarga Mikaeel Jackson. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin......


Tuesday, June 30, 2009

Be Back Soon

Salam semua....

Lama sungguh tak update blog. Dah datang kurang rajin lah tu. Awal2 nak start teruja sungguh. Rasa macam hari2 nak update. Actually xde cite sangat pun nak update. Tapi sebab dah lama x update maka adalah cite yg dah dikumpulkan. Apapun tunggu........

ada ke orang yg baca blog ni....huhuhu...

Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

Hari ini 10 Mei 2009 adalah sambutan Hari Ibu. Aku tak pernah sambut hari ibu. Sekadar beri ucapan aje. Tapi terjadi insiden pada sambutan hari ibu hari ini.


Semalam mak aku terjatuh semasa cuba berjalan ke meja makan. Nasib baib tak kena kepala tapi effect kepada kaki mak. Malam tu jugak pergi jumpa doktor tapi doktor kata tiada yang serius. Dok cuma bagi ubat kencing sebab kaki mak dah bengkak dan dok kata mungkin paru2 mak berair sebab tu mak kadang2 rasa semput. Ubat kencing tu adalah supaya air dapat keluar dari badan dan kurangkan bengkak.



Lately ni mak pun kerap tak boleh tidur malam. So pagi tadi aku dan bapa tengok mak tidur lena, tak kejutlah dia bangun pagi nak bagi peluang dia tidur. Pukul 10:00 kejut tak nak bangun lagi. Sejam kemudian pun sama. Masa tu aku tengok mak aku dah semacam. Aku suspect dia hypo so aku dan bapa pun gagah bagi dia bangun suruh minum air soya. Aduii mak aku memang dah lembik gila tapi dia masih boleh minum air. Lepas tu dia terus lelap balik. So aku dan bapa biar dia tidur dulu.



Lepas tu dah jam 2:00 petang aku dan bapa fikir tak boleh jadi nih, langsung tak nak bangun. Mak aku memang dah lembik sangat2 sampai jenuh kami kena bangunkan dia. Masa tu kami fikir nak panggil ambulan sebab kami memang tak larat nak angkat dia. Yg peliknya dia boleh sedar kitorang nak hantar dia gi hospital terus dia cakap takmau! dia bukan sakit. Aiik? boleh plak cakap...sebelum tu kitorang tanya, dia macam tak sedar jeh...



Lepastu kitorang perasan baju dia dah lencun...alamak mak tak sedar dia buang air....aduh....nasib baik katil tu dah mmg lapik plastik. Time tu mak aku dah macam sedar sikit. Kitorang pun apa lagi paksa dia bangun, nak buka baju dah basah lencun dgn air tut....Lepas tu jenuh lah aku dan bapak position kan diri masing2 nak angkat mak ke kerusi roda. Masa tu dia memang cam dah tak boleh nak buat sendiri. Alhamdulilah lepas berhempas pulak dapat jugak dudukkan dia kat kerusi roda. Masa tu dia dah sedar sikit tapi macam tak ingat. Dia tanya nak pegi mana. Terus kitorang bawa gi toilet bagi mandi. Lepas mandi baru mak ok dan dia boleh recall balik. Fuhh...what a day! Berpeluh2 aku dan bapak. Dah nyaris2 nak panggil ambulan! Maybe kejadian jatuh smlm ada effect kat mak harini kot.


So...hari ini aku sambut hari ibu dengan sakit2 badan dan berpeluh2 untuk bangunkan mak hari ini!..

Sunday, May 3, 2009

Farewell to Hafiz

Hari khamis lepas, 30 April 2009 adalah hari terakhir brother Hafiz di Cert Events. Kat sini kalau sesiapa resign co. akan buat sikit makan2, selalu kat office je lah. Since brother kita ni kira org kuat Events so aku cadangkan buat makan2 kat luar. Memandangkan aku dan officemate yg lain dah lama teringin nak makan kat Cheng Ho, makanya dipanjangkanlah cadangan tersebut kepada big boss dan dia setuju. Apalagi saat ku idamkanlah (lagu search jugak nih)!

Star for the day! Brother Hafiz bergaya dgn jaket baru hadiah dari Company!

Hj Ahmad tersenyum sambil big boss Encik Aziz melambai gembira (actually EA puasa hari tu..huhuhu) dan brother Hafiz bergaya macho! Hehehehe....




Hasmi sedang bertenang menunggu makanan sambil Razib menjenguk menu dan Muaz tersengih sendirian.....

Posing dulu sebelum makan....Zarina, Ana, Me, Siti dan Kak Jan

Bergambar kenangan di hadapan restoran!


Last but not least, Menu of the day! Menu dlm gambar adalah untuk pakej 7 -10 orang. Harga pakej adalah RM239.90 belum campur service tax. Clockwise black pepper beef, ikan siakap, mix vege, butter oat style squid, chicken with kong pou sauce dan tomyam seafood. Semua lauk2nya sedap dimakan! Memang berbaloilah! Kalau nak datang dgn family or group of friends bolehlah ambik pakej makanan kat sini.






Thursday, April 30, 2009

KLIBF 2009

Salam semua.....lamanya x update blog.....masa nak mula dulu bukan main semangat nak buat...seminggu je tahan...hahaha...lepas tu ada kureng sikit....

Bukan apa...busy preparing untuk KL bookfair 2009 yang telah berlangsung 17 April - 26 April baru2 ini. Aku kena bertugas weekend yg pertama dan kedua yg mana pengunjung adalah yg paling ramai. Aku kena bertugas shift pagi dari jam 10 - 3 ptg....tapi biasalah mesti extended punyalah sebab org yg shift ptg selalu tak on time....

Last meeting on KLIBF'09 updates

Stocking process before gone off to PWTC.
Standing is Hj Ahmad, Cert Publication manager.
Arranging books at Cert's booth. From left, Razib, Siti and Hasmi


1st day KLIBF'09 just b4 its open to public


with Siti, sleepy and tiring at the same time

Alhamdulilah, jualan buku tahun ini meningkat hampir 80% dari tahun lepas. Faktor lokasi juga mungkin menjadi faktor sebab tahun ini booth kami adalah depan pintu masuk utama so crowd yg memang cari buku Islamic Finance terus boleh terjah gitu.

Ini 1st time aku involved jaga booth so memang penat giler, nak jalan2 gi booth lain pun susah sebab ramai sgt orang masa weekend. On the last day tu sempatlah aku menyibuk kat gerai ITNM beli buku terjemahan pasal Barack Obama. Perasan bagus je beli buku nih...padahal nak masuk peraduan yang betulnya. Kalau ada rezeki dptlah MyVi. Kalau x menang pun at least dptlah baca buku pasal tokoh terbilang ye dak....Officemate aku yang lain pun masuk juga tapi beli buku yg cukup syarat nak masuk je....novel terjemahan dari Jepun. 'Rintihan terpendam!!!! hahahah....aku gelak sakan kat diorang....

Apapun KLIBF'09 akan menjadi satu kenangan yang dapat dicoretkan dalam blog ini......




















































Friday, April 3, 2009

Olympus & Lesen

Hari ini 2 perkara telah berlaku...

Pertama lesen kereta aku dah renew...kebetulan the father off day today so minta tolong dia renew kan lesen.....selamat...xyah jalan jauh...plan nyer nak gi post office harini kat melawati....


Keduanya....aku telah pun memiliki kamera digital secara rasminya....yeeayy at last.....


Al kisahnya lunch tadi gi Jusco Wangsa Maju, kononnya nak surveylah dulu kan....bajet dalam RM399 - RM499.....belek punya belek, berkenan pulak kat kamera Olympus nih....special offerlah kononya dlm RM999....since aku dah berkenan..aku pun tenyehlah apa lagi....easy payment with zero interest.....malas nak pikir lain dah...xde masa nak gi survey tempat lain....belasah terus kat kedai Kodak tu...puas hati dah ada kamera digital.....walaupun ketinggalan sikit dlm bab kamera nih......heh..


So lepas nih bolehlah aku update blog dgn gambar sekali..baru interesting sikit dak...

Saturday, March 28, 2009

Kempen Earthhour 2009

Hari ini, 28 Mac 2009 jam 8:30 - 9:30 malam tadi bermulalah kempen Earthhour 2009. Aku adalah antara jutaan orang yang menyokong kempen ini dengan memadamkan lampu di rumah. Aku start blog tadi pun dalam sedikit kegelapan.....menggagaulah sekejap tadi nak menaip. Aku tengok ramai juga jiran-jiran yang menutup lampu. Bagus! maknanya kempen ini sampai kepada jiran-jiran aku sekurang - kurangnya, hehehe....Yang tak bestnya bapa aku pulak marah pegi tutup lampu.Hishhh...Dia kata buat apa nak tutup. Orang lain tak tutup pun. Ni lah attitude yang tak patut ada. Mak aku yang tak berapa nak nampak dalam gelap pun sokong. Naib baik satu jam je. Aku tutup lampu jam 8:30 tadi dia pegi buka balik. Nasib dia pergi solat isya kat surau, bolehlah aku tutup lampu. Dia balik surau jam 9:30 dan terus buka lampu. Hmmm.....takpelah. Certain people will never get the message which, include some of our famili...tu baru suruh tutup lampu, kalau tutup elektrik lagi haru....

Kempen ini bagus kalau diteruskan selalu. Sekarang ni pun kalau kat ofis, aku akan tutup lampu dgn aircond kat certain part yang takde staff. Officemate aku kat ofis tahulah...heheh. Bukan je kat ofis sekarang tapi kat semua ofis yang aku pernah kerja aku buat camtu..aku sorang je yg rajin gi on / off lampu...merasalah pecah tembelang...kira aku buat kebajikan tau untuk ofis....

Aku harap kempen untuk selamatkan bumi seperti ini akan diteruskan selalu. Bumi Allah semakin tenat. Tak hairanlah segala macam bencana melanda sebab manusia sendiri tak menjaga bumi Allah. Semoga kita masih ada masa dan kesedaran untuk terus menjaga bumi tercinta.