Sunday, May 10, 2009

Hari Ibu

Hari ini 10 Mei 2009 adalah sambutan Hari Ibu. Aku tak pernah sambut hari ibu. Sekadar beri ucapan aje. Tapi terjadi insiden pada sambutan hari ibu hari ini.


Semalam mak aku terjatuh semasa cuba berjalan ke meja makan. Nasib baib tak kena kepala tapi effect kepada kaki mak. Malam tu jugak pergi jumpa doktor tapi doktor kata tiada yang serius. Dok cuma bagi ubat kencing sebab kaki mak dah bengkak dan dok kata mungkin paru2 mak berair sebab tu mak kadang2 rasa semput. Ubat kencing tu adalah supaya air dapat keluar dari badan dan kurangkan bengkak.



Lately ni mak pun kerap tak boleh tidur malam. So pagi tadi aku dan bapa tengok mak tidur lena, tak kejutlah dia bangun pagi nak bagi peluang dia tidur. Pukul 10:00 kejut tak nak bangun lagi. Sejam kemudian pun sama. Masa tu aku tengok mak aku dah semacam. Aku suspect dia hypo so aku dan bapa pun gagah bagi dia bangun suruh minum air soya. Aduii mak aku memang dah lembik gila tapi dia masih boleh minum air. Lepas tu dia terus lelap balik. So aku dan bapa biar dia tidur dulu.



Lepas tu dah jam 2:00 petang aku dan bapa fikir tak boleh jadi nih, langsung tak nak bangun. Mak aku memang dah lembik sangat2 sampai jenuh kami kena bangunkan dia. Masa tu kami fikir nak panggil ambulan sebab kami memang tak larat nak angkat dia. Yg peliknya dia boleh sedar kitorang nak hantar dia gi hospital terus dia cakap takmau! dia bukan sakit. Aiik? boleh plak cakap...sebelum tu kitorang tanya, dia macam tak sedar jeh...



Lepastu kitorang perasan baju dia dah lencun...alamak mak tak sedar dia buang air....aduh....nasib baik katil tu dah mmg lapik plastik. Time tu mak aku dah macam sedar sikit. Kitorang pun apa lagi paksa dia bangun, nak buka baju dah basah lencun dgn air tut....Lepas tu jenuh lah aku dan bapak position kan diri masing2 nak angkat mak ke kerusi roda. Masa tu dia memang cam dah tak boleh nak buat sendiri. Alhamdulilah lepas berhempas pulak dapat jugak dudukkan dia kat kerusi roda. Masa tu dia dah sedar sikit tapi macam tak ingat. Dia tanya nak pegi mana. Terus kitorang bawa gi toilet bagi mandi. Lepas mandi baru mak ok dan dia boleh recall balik. Fuhh...what a day! Berpeluh2 aku dan bapak. Dah nyaris2 nak panggil ambulan! Maybe kejadian jatuh smlm ada effect kat mak harini kot.


So...hari ini aku sambut hari ibu dengan sakit2 badan dan berpeluh2 untuk bangunkan mak hari ini!..

Sunday, May 3, 2009

Farewell to Hafiz

Hari khamis lepas, 30 April 2009 adalah hari terakhir brother Hafiz di Cert Events. Kat sini kalau sesiapa resign co. akan buat sikit makan2, selalu kat office je lah. Since brother kita ni kira org kuat Events so aku cadangkan buat makan2 kat luar. Memandangkan aku dan officemate yg lain dah lama teringin nak makan kat Cheng Ho, makanya dipanjangkanlah cadangan tersebut kepada big boss dan dia setuju. Apalagi saat ku idamkanlah (lagu search jugak nih)!

Star for the day! Brother Hafiz bergaya dgn jaket baru hadiah dari Company!

Hj Ahmad tersenyum sambil big boss Encik Aziz melambai gembira (actually EA puasa hari tu..huhuhu) dan brother Hafiz bergaya macho! Hehehehe....




Hasmi sedang bertenang menunggu makanan sambil Razib menjenguk menu dan Muaz tersengih sendirian.....

Posing dulu sebelum makan....Zarina, Ana, Me, Siti dan Kak Jan

Bergambar kenangan di hadapan restoran!


Last but not least, Menu of the day! Menu dlm gambar adalah untuk pakej 7 -10 orang. Harga pakej adalah RM239.90 belum campur service tax. Clockwise black pepper beef, ikan siakap, mix vege, butter oat style squid, chicken with kong pou sauce dan tomyam seafood. Semua lauk2nya sedap dimakan! Memang berbaloilah! Kalau nak datang dgn family or group of friends bolehlah ambik pakej makanan kat sini.